Jenis Tunjuk perasaan

Bantahan ramai yang dilakukan ini lazimnya dengan tujuan atau motif tertentu sama ada ia menyentuh isu ekonomi, masyarakat mahupun politik. Adakalanya apabila isu yang disentuh ini sangat menimbulkan kontroversi, maka suatu tunjuk perasaan yang melawan pendirian kelompok asal akan bermunculan; dua-dua puak yang sengit ini boleh mengganas sekiranya bertembung.

Kelompok yang terlibat dalam peramaian ini muncul sama ada secara berhimpun, berarak, malah juga secara duduk.